Thursday 3 January 2013

Dialu-alukan

Assalamualaikum kepada semua kenalan...
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi melayari blog pendidikan khas SKTM 1.
PPKI SKTM 1 mengalu-alukan sebarang info, idea, cadangan dan yang bersesuaian untuk menaik taraf blog ini daripada rakan sejawat, kawan2 dan sesiapa sahaja yang sudi menklik blog ini. Moga-moga segala info yang diterima akan dijadikan panduan pada masa akan datang... Dengan adanya blog ini dapatlah kita sama-sama memanfaatkannya
 
Sekian.
 
 

Tuesday 1 January 2013

Sekilas Pandang PPKI SKTM1

          Dibuka pada 1 Februari 1992. Merupakan kelas terawal di PPD TM/ Machang/Jeli. Pada awalnya bilangan murid seramai 15 orang dan mula bertambah 29 orang pada tahun 2001. Pada tahun 1997, bangunan kelas pendidikan khas yang sedia ada dirobohkan untuk didirikan sebuah kelas biasa 4 tingkat. Oleh itu kelas khas KKBP mula berpindah ke bangunan stor PPD TM/Jeli. Pada tahun 2001 pula KKBP telah dipindahkan ke makmal sains di Sk Sri Suria (2). Manakala pada tahun 2001 sekali lagi kelas KKBP telah dipindahkan di SK Tanah Merah (1). Sehingga tahun 2005, jumlah murid di KKBP adalah seramai 25 orang dan guru seramai 6 orang.
          Pada tahun 2007, PK KKBP mempunyai lima (5) kelas khas  yang terdiri dari kaedah stesen. Jumlah adalah seramai 49 orang yang terdiri daripada 43 orang murid dan 6 orang guru. Pada tahun 2008, PK KKBP mempunyai enam (6) buah kelas khas iaitu kelas 1 hingga 6. Jumlah bertambah dari 49 orang kepada 57 orang pada tahun 2008 yang terdiri daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas sebagai pentadbir, 7 orang guru, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 46 orang murid yang telah berdaftar.  Pada tahun 2009, warga PK KKBP semakin bertambah lagi kepada 61 orang, yang terdiri daripada 12 orang guru, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 46 orang murid termasuk murid Disleksia.
            Pada tahun 2010, nama Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ditukarkan pada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Warga PPKIBP bertambah kepada 69 orang iaitu 49 orang murid,15 orang guru dan 5 orang PPM. Dan pada tahun 2011, telah membuka lembaran baru bagi PPKIBP SKTM(1) dengan kewujudan Pra Integrasi Pendidikan Khas yang mempunyai 5 orang murid bersama seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).  Pada tahun 2011 juga, berlaku perubahan dalam kurikulum PPKIBP apabila kurikulum KSSR diperkenalkan. Dengan ini, kelas PPKIBP bagi murid yang berumur 7 tahun diajarkan dengan kurikulum KSSR.